Saturday, May 30, 2009

Selamat Datang ke Blog PAS Taman Mutiara

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah, setelah beberapa hari bertungkus lumus, memerah keringat, menghabiskan masa mempelajari ilmu membina laman web dari pelbagai sumber, Akhirnya blog PAS Taman Mutiara ini berjaya juga direka dan disiapkan. Bagi ana, ini satu pencapaian peribadi yang boleh dibanggakan kerana bermula dari kosong, ana mempelajari serba sedikit ilmu membina blog. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang perkara ni nampak kecil, tapi jauh di sudut hati ana, ana berasa sedikit bangga dengan pencapaian yang tak seberapa ini :). Ana juga turut menyeru, kepada sahabat-sahabat untuk sama-sama memanfaatkan blog ini dengan sebaiknya.
Kepada ahli PAS Cawangan Taman Mutiara, DUN Merbau Pulas, Kawasan Padang Serai, ana amat-amat mengalu-alukan sumbang saran, komen, dan cadangan daripada kalian untuk kita sama-sama menggerakkan PAS cawangan Taman Mutiara. Segala cadangan bolehlah disalurkan ke email berikut: pastamanmutiara@gmail.com.
Semoga dengan usaha yang kecil ini, dapat dimanfaatkan oleh semua ahli cawangan dengan sebaiknya. Semoga usaha murni ini dipandang sebagai jihad yang besar di sisi Allah swt. Sekian.
Mohd Razif Saliman
S/U Pas Cawangan Taman Mutiara
sesi 2009/2011

1 Comment:

  1. PAS TAMAN MUTIARA said...
    Bagus, teruskan usaha!

Post a Comment



ABOUT THIS BLOG

Blog ini adalah kepunyaan PAS Cawangan Taman Mutiara. Segala apa yang terkandung di dalamnya tidak semestinya menggambarkan pendirian PAS cawangan. Harap maklum.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP