Saturday, May 30, 2009

Ceramah Politik dan Isu Semasa

Alhamdulillah, pada 11/04/2009 yang yang lalu, PAS Cawangan Taman Mutiara telah berjaya menganjurkan suatu Ceramah Politik & Isu Semasa buat julung kalinya pada tahun 2009. Program yang menampilkan gandingan Ustaz Shahril Long dan Ustaz Badrol Amin mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja daripada penduduk tempatan Taman Mutiara, malah turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dari sekitar dan luar kawasan Padang Serai. Meskipun hujan pada penghujung ceramah, namun para hadirin ternyata tidak berganjak dari tempat ceramah dan khusyuk mendengarkan isu-isu semasa yang disampaikan.


Di kesempatan ini, PAS cawangan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli, petugas dan penyokong yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan ceramah ini. InsyaAllah, kita akan cuba mangatur dan menganjurkan lagi lebih banyak program-program ceramah sebegini pada masa akan datang. TAKBIR!

0 Comments:

Post a Comment



ABOUT THIS BLOG

Blog ini adalah kepunyaan PAS Cawangan Taman Mutiara. Segala apa yang terkandung di dalamnya tidak semestinya menggambarkan pendirian PAS cawangan. Harap maklum.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP